Akta Kebankrapan 1967 Pdf
Jan 11, 2014 Penantian Penuh Makna-akta Baharu Undang-undang Kebankrapan Artikel ini akan menyingkap keperluan akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967, berikutan diperkatakan akta sedia. Nortel feature key.
Akta Kebankrapan 1967
Pindaan Akta Kebankrapan 1967
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis.Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya. Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis. Maamor juga berkata kerajaan perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi. “Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif,” katanya kepada pemberita, Khamis. Beliau berkata PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan. Beberapa hari lepas, seorang suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga. Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis.